Kisah rumah tangga mereka, adalah pembelajaran untuk kita
Tiada perempuan yang mahu hidup menderita selepas perkahwinan. Selepas sahaja akad nikah dilafaskan, suami harus bertanggungjawab sepenuhnya pada isteri.
Perkahwinan juga menjanjikan kebahagian pada klimaks penceritaan dalam hidup kita. Namun ada segelintir wanita tidak bahagia selepas perkahwinan terbina.
Lebih sedih jika suaminya sanggup menduakanya, lebih-lebih lagi muncul orang ketiga dalam rumah tangga.
Berapa banyak kali si isteri harus bersabar? Dan memberi peluang? Kerana itu ada perempuan yang sanggup untuk memilih bercerai selepas tawar hati terhadap pasangan.
Lebih memilukan jika ada anak. Apa akan yang akan terjadi terhadap anak tersebut di masa hadapan.
Ada juga perkawinan yang dalam toxic, isteri yang sanggup bertahan dengan peragai suami sehingga ke tua tanpa nafkah zahir dan batin.
Namun sekuat dan selemah apa perempuan itu tetap memikirkan keluarga.
Kerana itu ada segelintir isteri tidak sanggup bercerai, lebih rela berada pada kehidupan yang penuh racun.
Akhirnya si isteri menjadi tekanan, marah dilepaskan pada anak-anak, lebih memilukan anak pula menjadi mangsa keadaan.
Kesan buruk pada anak pula, akan datang anak-anak mula menjauh dari ibu-bapa, malah terperangkap pada kesan negatif
Kisah rumah tangga pasangan Puteri Sarah, Syamsul Yusof, juga Kisah antara Syuk Sahar, Rossa Sera menjadi pengajaran dan pembelajaran buat kita semua.
Semoga semua yang sudah berumah tangga sentiasa tempuhi cabaran bersama pasangan dengan penuh kasih sayang.-SM