Kisah di sebalik wukuf di Arafah
JEMAAH haji dariseluruh dunia menjalani puncak daripada proses ibadah yang harus dilaksanakan iaitu wukuf di Arafah.
Ia bertujuan untuk kita ingat dengan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT.
Para jemaah kebiasaannya melaksanakan ibadah tersebut dengan membaca doa, bertakbir, bertasbih, bertahmid dan sebagainya.
Arafah adalah wilayah terbuka dan luas di sebelah timur luar kota suci umat Islam di Mekah di Arab Saudi.
Padang ini diketahui memiliki keluasan mencapai 10 kilometer per segi.
Rela berpanas-panasan dan beribadah tiada henti juga sebagai satu perkara di atas peristiwa-peristiwa yang dialami nabi-nabi terdahulu.
Di Padang Arafah, tepatnya di Jabal Rahmah atau Bukit Kasih Sayang menjadi lokasi kembali bertemunya Nabi Adam a.s dengan Hawa setelah diturunkan ke Bumi akibat melanggar larangan Allah.
Ketika itu, mereka hidup berasingan dan akhirnya bertemu di Arafah setelah mendapat petunjuk dari malaikat.
Di tempat ini, keduanya bertaubat dan memohon keampunan Allah atas dosa yang dilakukan. – SUMBER IRKAZ TRAVEL & TOURS – SM