Hiburan

Kini Emma Maembong dan suaminya pula cerai

SELEPAS Penceraian Fattah dan Fazura kini dunia hiburan Malaysia sekali lago dikejutkan dengan berita pelakon Emma Maembong sah cerai bersama suaminya Muhammad Shazli Azhar.

Menurut Emma, keputusan untuk masih memuat naik gambar bersama bekas suami di Instagram bertujuan menjaga perasaan anak-anak mereka.

“Saya mahu anak-anak melihat keluarga mereka masih bahagia, walaupun realitinya kami sudah berpisah,” katanya kepada Harian Metro.

Apabila ditanya mengenai butiran lanjut mengenai tarikh perceraian, Emma memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci kerana menganggapnya bukan sesuatu yang perlu dibanggakan.

“Bagi saya, perceraian bukan berita yang patut dihebohkan. Sebab itu saya berdiam diri selama ini, namun kini saya rasa tiba masanya untuk memberi penjelasan supaya tiada lagi spekulasi atau pertanyaan lanjut,” jelasnya.

Emma turut mengakui bahawa perjalanan perkahwinannya bukanlah sesuatu yang mudah, malah banyak cabaran yang perlu dihadapi.

“Saya bersyukur hubungan saya dengan bekas suami masih baik, dan kami sama-sama reda dengan perceraian ini. Kami anggap ini sebagai satu proses untuk memperbaiki diri dan menjadi lebih baik,” tambah Emma.

Meskipun sudah tidak lagi bersama, fokus utama mereka kini adalah membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Emma turut menegaskan bahawa mereka akan tetap menjalankan aktiviti keluarga bersama untuk dua anak lelaki mereka.

Dalam pada itu, Shazli ketika dihubungi turut menyatakan bahawa soal jodoh adalah ketentuan Tuhan, dan mereka menerima apa yang telah ditakdirkan.

“Segala urusan jodoh dan ajal adalah rahsia Allah. Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita,” katanya.

Emma dan Shazli telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020, dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button