Politik

Khairuddin dilantik sebagai Pengerusi Pejuang Badan Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan

DATUK Seri Khairuddin Abu Hassan dilantik sebagai Pengerusi Pejuang Badan Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan.

Khairuddin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berterima kasih kepada kepimpinan tertinggi Pejuang khususnya Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Pejuang, Datuk Seri Muhkhriz Tun Mahathir merangkap Presiden Pejuang dan Datuk Marzuki Yahya yang merupakan Timbalan Presiden Pejuang.

“Ini bukan satu perlantikan untuk diri saya mendabik dada tetapi sesungguhnya perlantikan ini merupakan satu amanah yang amat berat untuk dipikul.

“Bagi saya ini merupakan amanah di antara manusia sesama manusia dan manusia dengan Allah,” katanya.

Beliau juga memberi komitmen menggalas jawatan itu demi kepentingan rakyat di seluruh Wilayah Persekutuan.

“Terdapat pelbagai isu-isu besar dan kecil yang masih tidak lagi selesai di Wilayah Persekutuan yang membelenggui penghidupan seharian rakyat jelata yang perlu diberi perhatian secara serius dari perspektif mikro serta makro.

“Permintaan serta keperluan rakyat di Wilayah Persekutuan adalah amat sofistikated dan kompleks. Ini akan menjadi satu cabaran yang hebat untuk saya dan rakan-rakan seperjuangan menggalas tanggungjawab secara effektif.

“Agenda untuk memakmurkan dan mensejahterakan penghidupan rakyat merupakan wadah perjuangan terpenting Pejugang.

“Mengatasi masalah kemiskinan rakyat marhein di bandar juga akan menjadi teras utama perjuangan PEJUANG.

“Sesungguhnya, kita telah pun bersedia untuk wujudkan jentera gerak kerja di peringkat akar umbi di Wilayah Persekutuan bagi melaksanakan agenda fardhu kifayah seterusnya bersedia menghadapi kemungkinan berlakunya PRU-15 pada bila-bila masa,” ujar beliau.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button