Kewpie kini berada di Aeon
AEON sekali lagi melakukan inovasi kepada produknya apabila berkolaborasi bersama Kewpie untuk memberi variasi kepada pilihan produk AEON Delicatessen. Pelancaran kolaborasi tersebut berlangsung di AEON Mall Cheras Selatan, Selangor.
Melalui kolaborasi ini, AEON Delicatessen akan menambah mayo berperasa cili padi oleh Kewpie kepada 10 variasi produknya termasuk sushi, bakeri dan delica.
Menurut Azidah Alimuddin, Ketua Bahagian Delicatessen, Bakeri dan Pusat Pemprosesan Makanan AEON, “Kami sentiasa ingin mempertingkatkan rasa dan kualiti produk di AEON Delicatessen dan yakin kolaborasi bersama Kewpie akan memberikan sesuatu yang baru kepada pelanggan kami. AEON berasa sangat bersyukur kerana berpeluang bekerjasama dengan sebuah jenama yang sangat terkenal dengan keenakan mayonnaise dan “dressings” di negara ini.
Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut Atsushi Miyata, Pengarah Urusan Kewpie Malaysia; Shimpei Okada, Timbalan Pengarah Urusan Kewpie Malaysia; Soon Soo Choong, Pengarah Jualan Kewpie Malaysia; Naoya Okada, Pengarah Urusan AEON dan Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran AEON.
Majlis pelancaran tersebut juga dimeriahkan dengan acara ‘treasure hunt” dan beberapa aktivi lain yang menghiburkan.
Menurut Naoya pula “Pelancaran ini juga merupakan salah satu usaha AEON untuk mendekati ekosistemnya melalui pelbagai program dan aktiviti sempena ulang tahun AEON yang ke-40. Saya sangat bersyukur kerana AEON telah berkembang maju, dan akan terus memberikan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan pemegang taruh kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan rakan kongsi kami yang telah bersama kami selama ini.”
AEON Delicatessen sentiasa memperluas jangkauannya dengan memperkenalkan pelbagai produk baru. Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kualiti dan keterjangkauan, AEON telah memperbaharui imej jenama Delicatessen dengan memperluaskan rangkaian produknya.
Pada masa ini, AEON Delicatessen menampilkan empat jenama iaitu Coco Café, sebuah kafe gaya kopitiam yang menarik; La Boheme, yang menawarkan pelbagai roti, pastri, dan puding yang segar; La Boheme Coffee, yang terkenal dengan campuran unik biji kopi dari Brazil Cerrado, Colombia Huila, dan Indonesia Sumatra; dan Sucrée Amor yang menawarkan pelbagai jenis pencuci mulut yang lazat.
Artikle Berkaitan :>
MY AEON BiG tawar lebih 100 peralatan sukan dengan diskaun sehingga 30 peratus
Aeon Big Kota Kemuning, Kota Kinabalu ditutup sementara, kakitangan positif Covid-19