Uncategorized

Ketum berkesan sebagai ubat tahan sakit

KETUM berkesan dalam sebagai ubat tahan sakit kerana kajian mendapati ia dapat meningkatkan ketahanan terhadap rasa sakit.

Kajian terhadap tumbuhan yang dikaitkan dengan ketagihan dan banyak ditanam secara meluas di kawasan utara tanah air itu dilakukan sekumpulan saintis menerusi kolaborasi antara Universiti Sains Malaysia (USM) dengan Universiti Yale Amerika Syarikat (AS)

Kajian tersebut diketuai Pengarah Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan (CDR) USM, Profesor Dr. Vicknasingam dan Profesor Dr. Marek C. Chawarski dari Sekolah Perubatan Yale.

USM dalam satu kenyataan memberitahu, kajian tersebut dijalankan secara rawak melibatkan 26 sukarelawan.

“Namun begitu, kajian yang lebih mendalam berkaitan kemampuan ketum menahan kesakitan serta profil keselamatannya, masih diperlukan,” kata kenyataan itu.

Penemuan daripada kajian tersebut telah diterbitkan dalam jurnal biologi dan perubatan ‘Yale Journal of Biology and Medicine’ (YJBM) keluaran Jun 2020.

Ia memaparkan bukti yang telah dinilai secara objektif dan telah dicapai, berikutan hasil kajian ke atas subjek manusia buat pertama kalinya.

“Ini memberikan pengesahan atau sokongan awal berkaitan kemampuan ketum menahan kesakitan. Sebelum ini hanya dilaporkan secara anekdotal, berdasarkan pengalaman sendiri melalui kajian secara pemerhatian,” kata kenyataan itu.

Selain menerima peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE), bagi melaksanakan penyelidikan berkaitan ketum, Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat, juga berminat dalam memberi sokongan terhadap penyelidikan berkaitan ketum.

Sehingga kini mereka telah memberi peruntukan kepada universiti-universiti di negara itu, untuk melaksanakan pelbagai kajian menyeluruh. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button