Agama

Kesemua masjid di Perlis lakukan solat jenazah ghaib buat pemimpin Hamas

Kesemua 102 buah masjid di seluruh negeri Perlis telah melaksanakan solat jenazah secara ghaib selepas solat Jumaat pada hari ini untuk Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang terkorban dalam serangan udara oleh rejim Israel.

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menerima titah daripada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail memperkenan agar dilaksanakan Solat Jenazah Ghaib ke atas pemimpin utama Hamas itu.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat menunaikan solat jumaat dan diiringi oleh anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al Haj Jamalullail di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Jalan Kuala Perlis.

Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Ismail Haniyeh Rahimahulla yang merupakan satu kehilangan besar buat rakyat Palestin dan umat Islam. Baginda mendoakan agar Rahimahullah ditempatkan di sisi mereka yang beriman dan para solihin.

Terdahulu daripada itu Tuanku Pemangku Raja berkenan menyampaikan agihan zakat MAIPs kepada seramai 20 asnaf terpilih.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button