MahkamahNasional

Kes Rosmah: ‘Draf penghakiman’ cubaan pengaruhi badan kehakiman

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu pasukan guaman Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa “draf penghakiman” yang dibocorkan baru-baru ini berhubung kes rasuahnya dibuat oleh pihak yang “cuba mempengaruhi badan kehakiman”.

Menurut peguam mewakili Rosmah, Jagjit Singh dokumen yang menimbulkan syak wasangka itu disediakan oleh seseorang atau lebih yang tidak mempunyai kuasa.

“Ia kelihatan seperti draf penghakiman yang nyata,” kata Peguam Jagjit.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan kemudian bertanya kepada Jagjit sama ada beliau “mencadangkan” bahawa hakim akan menggunakan dokumen yang dibocorkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin itu sebagai penghakiman muktamadnya.

Jawab Jagjit, “bukan itu maksudnya.

“Itulah sebabnya kami mengatakan bahawa wujud bahaya sebenar berlakunya berat sebelah.”

Rosmah memohon agar Hakim Zaini menarik diri daripada mendengar kesnya susulan penyiaran “draf penghakiman” itu oleh Raja Petra minggu lepas.

Bekas wanita pertama negara itu mendakwa, dokumen itu bukan disediakan oleh Hakim Zaini tetapi oleh “pihak ketiga”.

Tambah Rosmah, beliau hilang keyakinan terhadap hakim untuk memutuskan kes rasuahnya disebabkan oleh dokumen itu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button