Nasional

Kes perbicaraan Ahmad Zahid semalam hangat, bersambung hari ini


SEMALAM tiga orang saksi tampil memberi keterangan kes perbicaraan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Salah seorang saksi iaitu saksi ke-29, Tan Sri Mohamed Hashim Mohd. Ali turut memberi keterangannya berkaitan dengan kontrak pembekalan cip Passport Antarabagsa Malaysia (PMA).

Secara keseluruhan keterangan Jeneral Tan Sri Hashim memberitahu mahkamah bahawa pembekalan cip PMA dibuat berdasarkan dua kaedah iaitu tender terbuka atau open tender dan satu lagi kaedah, close tender ataupun direct negotiation (perbincangan secara langsung).

Ketika memberikan kenyataannya, adik ipar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu telah menegur pendakwa raya, Ahmad Sazilee Abdul Khairi kerana mengungkapkan istilah rasuah sedangkan di dalam sekeping surat yang ada di tangan adik ipar Perdana Menteri itu, tidak tercatat atau tertera perkataan rasuah.

Ekoran teguran Mohamed Hashim di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah yang mendengar prosiding perbicaraan kes membabitkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pendakwa raya memohon maaf serta merta.

Pagi ini, prosiding perbicaraan Ahmad Zahid bersambung.

Difahamkan tiga orang saksi baharu akan tampil memberi keterangan dan seorang pakar kimia juga akan memberi keterangan di mahkamah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button