Belang BertempatSukan

Kes gangguan seksual: Bukan kerja menteri seorang selesaikannya

BUAT pertama kalinya dalam sejarah kementerian di Malaysia, Menteri Belia dan Sukan disandang oleh wanita iaitu Hannah Yeoh.

Banyak isu yang ada di kementerian itu yang mana, tanpa mengira gender Menteri, isu-isu yang berbangkit sejak bertahun lamanya harus ditangani dan diselesaikan demi memajukan sukan negara.

Bukan hari ini kes gangguan seksual berlaku dalam kalangan atlet tetapi teringat kes Allahyarhamah Rabia Salam yang sepatutnya menjadi Ratu Pecut Negara atau Ratu Trek Asia yang telah meninggal dunia.

GAMBAR HIASAN – GOOGLE FAIL UTHM STADIUM

Kes itu seakan-akan senyap, tenggelam timbul, satu misteri dan hanya keluarga arwah sahaja yang tahu apakah yang mendorong kepada kematian Rabia Salam.

Sebagai Menteri, Hannah memang memikul tugas dan tanggungjawab yang besar di kementerian untuk mengimbangkan kemajuan semua jenis sukan, memberi focus kepada sukan pasti menang dan isu-isu di bawah karpet!

Kata bekas perenang kebangsaan, Cindy Ong yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual, masalah itu cukup rumit jika Menteri Belia dan Sukan itu mahu menyelesaikannya secara sendirian.

AHMAD FAIZAL AZUMU

Untuk rekod, awal tahun ini, bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, draf Akta Sukan Selamat digubah bertujuan mengendalikan aduan mengenai gangguan seksual dalam industri sukan dan ia akan siap menjelang akhir tahun ini.

Menteri yang baharu perlu ambil kira apa yang didrafkan ketika era Ahmad Faizal duduk di kementerian tersebut.

“Kehadiran Hannah yang terbabit merangka Akta Anti-Gangguan Seksual di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sememangnya positif namun tidak mencukupi tanpa kerjasama keseluruhan tadbir urus meliputi polis dan sistem perundangan.

“Masyarakat juga tidak boleh mengharapkan perubahan sekelip mata termasuk pembelaan segera kepada mangsa termasuk dirinya kerana isu itu sudah menjadi barah kerana berlaku sejak sekian lama.

“Saya melihat ada harapan baharu keadilan ditegakkan, namun sekali lagi ia memerlukan bukan hanya Hannah seorang.

“Dalam hal ini kita bercakap tentang keseluruhan tadbir urus, pasukan polis dan sistem perundangan yang bekerjasama secara rapat,” kata Cindy kepada FMT.

GAMBAR HIASAN – GOOGLE GAMBAR BERITA HARIAN

Katanya, meskipun beliau mahu mendapatkan keadilan untuk kesnya, beliau faham betapa rumitnya isu itu dan Hannah perlu bekerja dengan semua jabatan lain untuk membaik pulih sistem.

Tahun lalu Cindy mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual seorang jurulatih skuad renang negara ketika menyertai pertandingan di luar negara.

Beliau turut memberitahu individu sama juga melakukan serangan sama terhadap sekurang-kurangnya 10 atlet.

Pendedahan sama turut dibuat atlet terjun negara Pandelela Rinong yang memberitahu dia diganggu secara seksual oleh seorang bekas jurulatih dan terpaksa bertahan dengan lawak lucah oleh individu itu selama tujuh tahun.

Pandelela berkata, dia berkongsi pengalamannya untuk menggalakkan mangsa lain turut bersuara. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button