Nasional

Bekas KP Perkhidmatan Awam terkilan, nak saman pihak menganiayanya

“…SAYA akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam hal ini yang telah menganiayai saya meskipun saya telah menyumbang tenaga dan fikiran selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam.”

Demikian kata bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dalam satu kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata, akan mengambil tindakan undang-undang berhubung penamatan perkhidmatannya yang berkuat kuasa serta merta, semalam.

Susulan pengumuman penamatan perkhidmatannya oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini, Shafiq berkata, beliau berasa “terkilan” dan “tidak berpuas hati ” dengan keputusan tersebut.

Awal hari ini, Zuki mengumumkan menerusi kenyataan media bahawa perkhidmatan Shafiq sebagai KPPA ditamatkan, berkuat kuasa semalam.

Menurut beliau, Shafiq dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980 yang membolehkan beliau menikmati semua faedah persaraan yang layak baginya. – SM

(Visited 315 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button