Kes bunuh: Polis cari lima individu
Polis sedang mengesan lima individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki yang dipukul hingga maut di Kajang, bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes tersebut pada 14 Ogos lalu.
“Seorang wanita membuat laporan memberitahu teman lelakinya telah dipukul sehingga menyebabkan kematian oleh sekumpulan lelaki india di Pangsapuri Jade Hill, Kajang, Selangor.
“Mangsa yang berumur 26 tahun disahkan meninggal dunia dengan kecederaan di seluruh badan di Hospital Kajang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, suspek disyaki menggunakan objek tumpul untuk menyerang mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jelasnya, lima individu yang dicari adalah seperti berikut.
i) Nama : Vesnu a/l Narayanan
Nama panggilan: Visnu
No. KP : 910515-14-6395
Alamat terakhir : no 32 Jln Muhibah Taman Muhibah, Sg Chuah, Selangor
ii) Nama : Sugumaran a/l Veejakumaran
Nama panggilan: Sugu
No. KP : 890628-07-5321
Alamat terakhir : No 3 Jln Cendana 3, Taman Cendana, Sg Chua, Kajang
iii) Nama : Tinakaran a/l Selvamani
Nama panggilan: Tina
No. KP : 900217-14-5715
Alamat terakhir : No 27 Jln 6 Taman Asa Jaya Kajang, Kajang.
iv) Nama : Guganesan a/l Ina Kowndar
Nama panggilan: Boy
No. KP : 950504-01-5089
Alamat terakhir : no 111 Gelang 7 Bandar Putri Klang
v) Nama : Navukarasan a/l Rethinasingam
Nama Panggilan: Kartik
No. KP : 901202-10-5467
Alamat terakhir : No 40 Jln 2 Taman Semarak, Kajang
Tambahnya, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau individu yang dicari boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Asisten Superintenden Vekram Sinnaiah di talian 019-4737108. -SM