Nasional

Kes bunuh Nur Farah Kartini: Polis ambil keterangan pekerja kebun ubi

Polis telah mengambil keterangan beberapa pekerja sebuah kebun ubi di Slim River, Perak semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, yang mayatnya ditemukan di Hulu Selangor Isnin lepas.
Memetik laporan BERNAMA, sumber memberitahu, soal siasat polis mendapati suspek telah pergi ke kebun tersebut serta beberapa lokasi lain sebelum kejadian, dan petang semalam polis telah ke kebun ubi di Kampung Klan Halt itu bagi tujuan siasatan.
“Polis pergi ke kebun berkenaan bersama suspek semalam dan mengambil keterangan beberapa pekerja kebun warga tempatan dan asing bagi membantu siasatan,” katanya.
Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang pada 15 Julai lalu.
Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak ditahan dan direman hingga Isnin ini untuk membantu siasatan kes terbabit, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button