Luar Negara

Kes baharu Covid-19 terus meningkat: Indonesia terpaksa tutup pintu

MULAI 1 Januari 2021 sehingga 14 Januari, kerajaan Indonesia mengambil langkah menyekat semula kemasukan warga negara asing ke republik itu bagi mengekang penularan Covid-19, kata Menteri Luarnya, Retno Marsud.

Beliau berkata, bagi warga asing yang tiba di Indonesia sejak semalam sehingga Khamis ini nanti, mereka diwajibkan memiliki surat ujian swab atau ‘Polymerase Chain Reaction’ (PCR) dari negara asal.

“Setibanya di lapangan terbang Jakarta, mereka perlu sekali lagi menjalani ujian PCR dan menjalani kuarantin selama lima hari,” katanya menerusi siaran Youtube rasmi Sekretariat Presiden.

Beliau berkata, warga Indonesia yang berada di luar negara dibenarkan kembali ke negara republik itu bagi tempoh berkuatkuasanya peraturan baharu (1 hingga 14 Januari 2021) dengan mematuhi peraturan kesihatan Covid-19 yang ditetapkan dan menjalani kuarantin.

Bagaimanapun Retno berkata, sekatan terhadap warga asing memasuki negara itu dikecualikan kepada lawatan rasmi menteri dan pemimpin dari negara luar.

“Walau pun ada pengecualian namun mereka juga masih perlu mematuhi prosedur kesihatan Covid-19 yang ditetapkan,” ujarnya.

Indonesia sebelum ini telah membuka sempadannya kepada warga negara luar terutamanya bagi merancakkan semula sektor pelancongan seperti di Bali.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia semalam, kes positif keseluruhan di Indonesia meningkat kepada 719,219 kes, dengan kematian kumulatif berjumlah 21,452 orang.

Sebanyak 5,854 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam, dengan 215 lagi kes kematian. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button