Ekonomi

Kerjaya pemandu e-hailing, penghantar makanan bakal pupus?

Sejak ekonomi dibuka semula, orang ramai lebih gemar makan di restoran dan menyebabkan pesanan penghantaran makanan turun sekitar 10 hingga 25 peratus

Naib Presiden Penghantar, Abdul Hakim Abdul Rani mengakui perkara itu dan memaklumkan penurunan itu menyebabkan mereka yang menjadikan sebagai kerja harian kekurangan pendapatan.

Selain faktor kelewatan mendapat pesanan, orang ramai juga merungut dengan bayaran yang dikenakan agak tinggi sehingga menjadi makanan biasa dibayar umpama makanan hotel lima bintang.

Namun ada juga mereka yang terdesak dan malas untuk keluar berpanas dan meredah kesesahan yang membuat pesanan makanan.

Dalam pada itu ramai juga yang merungut tentang harga yang dikenakan oleh e-hailing dan ramai mula mencari-cari pengendali servis yang lebih murah.

Dikatakan e-hailing kendalian AirAsia lebih murah pada masa ini berbanding Grab.

Bagaimanapun penurunan kadar bayaran itu akan menyebabkan syarikat-syarikat akhirnya gulung tikar tidak mampu menanggung kos yang tinggi.

Di pihak pengguna mereka gembira kerana mempunyai pilihan yang lain, namun bagi industri ia akan membunuh pesaing yang lain dan akhirnya menyebabkan kerjaya berkenaan pupus.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button