Rencah Hidup

Keriangan mencari orkid liar dalam hutan bertukar cemas

KERIANGAN sepasang suami isteri bersama dua orang jiran untuk mencari orkid liar di dalam hutan simpanan menjadi cemas apabila mereka tersesat hampir semalaman.

Keempat-empat mereka memasuki hutan di Batu 23 Redang Panjang di Taiping Perak semalam.

Kehilangan mereka disedari pada pukul 7.14 malam apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, antara yang hilang ketika mencari orkid di dalam hutam termasuk seorang pesara polis.

“Mangsa yang dilaporkan tersesat adalah pasangan suami isteri serta dua jiran mereka berusia antara 42 hingga 71 tahun.

“Mangsa berjaya dihubungi oleh pihak bomba melalui panggilan telefon dan setelah lebih lima jam mencari, akhirnya kesemua mangsa berjaya ditemui pada jam 12.35 tengah malam kira-kira lima kilometer dari pusat kawalan bomba,” katanya.

Kesemua mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa keluar dari dalam hutan tanpa sebarang kecederaan.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button