BeritaEkonomi

Kereta dihantar ke pusat servis turun 70 peratus

SELEPAS terbaca berita harga kereta sedang melambung naik, saya bertanya dengan rakan yang juga pegawai di sebuah pusat servis kenderaan di ibu negara.

Saya terkejut apabila 70 peratus pelanggan tidak lagi datang ke pusat servis dan beliau mengakui jika situasi ini berterusan banyak pusat servis terpaksa mengecilkan operasi dan akhirnya gulung tikar.

Katanya ia berpunca daripada harga kereta yang semakin mahal dan pada masa yang sama ekonomi yang lembab.

Menurut beliau, keadaan ekonomi yang tidak baik menyebabkan orang ramai kurang membeli kereta baharu, apatah lagi harga kereta semakin melambung.

Ini menyebabkan kenderaan yang tamat jaminan tidak lagi dibawa pusat servis berdaftar, sebaliknya pelanggan hanya membawa ke bengkel-bengkel kecil untuk diselenggara.

Pada masa yang sama jumlah kereta baharu yang dapat jual terus merosot dan ini bermakna jumlah kenderaan yang dibawah jaminan syarikat pengeluar dan diberi kelebihan penyelenggaraan percuma semakin merosot.

Menurut beliau, beberapa buah pusat penyelenggaraan kereta di Glenmarie Shah Alam contohnya telah mengecilkan operasi dengan berpindah ke kawasan yang lebih kecil sebagai usaha penjimatan.

Kenaikan harga kereta berpunca daripada:

1. Kos kereta di bawah cukai jualan 10 peratus adalah lebih tinggi berbanding GST enam peratus.

2. Penarikan insentif cukai dan penukaran cara pengiraan duti kereta oleh kerajaan PH.

3. Nilai Ringgit turun mendadak selepas PRU14 – terutamanya berbanding Yen Jepun dan Baht Thailand.

Contohnya semakan harga Honda City semasa untuk laporan pelancaran 2020 Honda City yang baru, di laman web Honda Malaysia (HM) – Honda Jazz Hybrid dan City Hybrid kini mempunyai harga  yang lebih tinggi sedikit. Hatchback kini berharga RM87,707 di jalan tanpa insurans, manakala sedan disenaraikan sebagai RM92,172.

Sebelum ini, Jazz Hybrid berharga RM80,091 dan City Hybrid RM84,167, jadi  peningkatan masing-masing RM7,616 dan RM8,005.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button