Kerajaan Sweden iktiraf tindakan Rasmus Paludan bakar al-Quran
Ingatkan hanya sekali, rupanya berkali-kali. Itulah perkata yang sesuai diungkapkan buat masa ini apabila tindakan Rasmus Paludan membakar al-Quran seperti diiktiraf Kerajaan Sweden.
Mana tidaknya, untuk pembakaran al-Quran kali ini di hadapan Kedutaan Turki, Rasmus Paludan bukan hanya memakai baju kalis peluru dan helmet, malah dia dijaga pihak berkuasa di negara itu.
Biar pun umat Islam seluruh dunia mengecam tindakan biadab Rasmus Paludan yang membakar kitab suci itu, dia kekal dengan prinsip menjadi orang kafir yang sedia untuk diperangi.
1923 telah menyaksikan Kerajaan Uthmaniyah jatuh dan 2023 adalah pelengkap 100 tahun kejatuhan Islam akibat agenda musuh-musuh Islam secara halus.
Jika tindakan biadab Rasmus Paludan ini terus diiktiraf Kerajaan Sweden, maka tidak mustahil negara-negara Islam akan bangkit bersatu menentang negara kafir laknatullah itu dalam masa terdekat.