Politik

Noh Omar dan Khairy Jamaludin sah dipecat, bukan lagi ahli UMNO – MKT

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat keahliannya selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu mengadakan mesyuarat malam tadi.

Keputusan itu dibuat selepas beliau pernah mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memecatnya dan 2023 menjadi saksi ia benar-benar dilakukan.

Namun demikian, Noh berpendapat keputusan itu dibuat MKT gara-gara beliau tidak mahu bersama pemimpin yang sedang membunuh parti keramat itu.

“Saya tidak sanggup tinggalkan parti keramat ini, tapi saya memilih untuk tidak bersekongkol dengan pemimpin yang menguburkan UMNO.

“Saya bersuara, akhirnya dihukum tanpa diberi ruang membela diri,” katanya dalam satu coretan di Facebook.

Selain Noh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang sengaja ditempatkan di Sungai Buloh juga dipecat atas alasan melanggar kesalahan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15.

Tulis Khairy dalam Twitternya: “Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan. Unbowed, unbent, unbroken.”

(Visited 355 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button