Nasional

Kerajaan setuju teruskan pemberian khas pesara perkhidmatan awam

KERAJAAN bersetuju meneruskan polisi memberi Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP). Hal itu diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian tersebut melibatkan mana-mana pesara dan penerima pencen terbitan yang telah menikmati PKKP.
Katanya, ia bagi memastikan golongan pesara menerima amaun yang lebih tinggi untuk menjaga kebajikan mereka dalam menangani kos sara hidup semasa.

“Ini adalah bukti keprihatinan Kerajaan Madani selaras dengan konsep Ihsan,” katanya dipetik Kosmo dalam sidang media diadakan di Subang Jaya hari ini.

Perdana Menteri berkata, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2024 lalu turut melibatkan penyelarasan pencen kepada pesara dan penerima pencen terbitan.

“Berdasarkan semakan gaji perkhidmatan awam selaras dengan seksyen 3, Akta Penyelarasan Pencen 1980 [Akta 238].

“Amaun pencen akan diselaraskan berdasarkan peratusan pelarasan gaji ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing secara berfasa pada 1 Disember 2024 dan 1 Januari 2026,” katanya lagi.
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 turut melibatkan penyelarasan pencen kepada pesara dan penerima pencen terbitan berdasarkan semakan gaji perkhidmatan awam selaras dengan seksyen 3, Akta Penyelarasan Pencen 1980 [Akta 238].
Amaun pencen kepada penerima diselaraskan berdasarkan peratusan pelarasan gaji ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing secara berfasa pada 1 Disember 2024 dan 1 Januari 2026. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button