KERAJAAN Perpaduan akan menyediakan satu draf memorandum persefahaman (MoU) untuk dipanjangkan kepada pihak pembangkang sabagai langkah perundingan untuk menyelurkan peruntukan.’
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pada mesyuarat semalam Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan secara dasarnya bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Ketua Whip Kerajaan Perpaduan juga berkata persetujuan itu diputuskan dalam mesyuarat yang berlangsung di Sri Perdana, Putrajaya, semalam. – SM