Nasional

Kerajaan sentiasa menjaga kebajikan penghantar makanan

Kerajaan akan terus memastikan kebajikan penghantar makanan atau rider (p-hailing) di negara ini terpelihara dengan mengawal selia perkhidmatan tersebut.

Menteri Pengangkutan Sementara Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kementerian kini dalam peringkat akhir meminda Akta berkaitan iaitu Akta Pengangkutan Jalan, Akta Pengangkutan Awam Darat dan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan bagi Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata dengan pindaan Akta itu mulai sekarang mereka yang terlibat dalam perkhidmatan p-hailing khususnya penghantaran makanan akan lebih dilindungi dan pengusaha syarikat akan dikawal selia oleh badan kerajaan.

“RUU untuk meminda akta berkaitan telah diluluskan tetapi kini dalam peringkat akhir untuk meminda akta tersebut dan kita akan pastikan pindaan itu berjaya setelah dibahaskan nanti.

“Tujuan kerajaan meminda akta itu adalah bagi membolehkan perkhidmatan ini mempunyai badan yang khusus kepada perkhidmatan yang mempunyai beberapa masalah sebelum ini,” katanya kepada pemberita semasa sesi bertanya khabar dan bertemu dengan penunggang penghantaran makanan di Yong Peng di sini hari ini.

Tambah Wee, pengendali dan penunggang perlu berdaftar dan mempunyai lesen tetapi mekanisme pemilikan lesen itu akan dipermudahkan.

“Kami di peringkat kementerian akan memastikan isu lesen ini akan dilaksanakan tanpa menyusahkan mana-mana pihak,” katanya.

Pada masa sama, kementerian juga akan memastikan penghantar makanan turut dilindungi dengan skim yang ditawarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button