Politik

Kerajaan perpaduan atau kerajaan hoi ya hoi?

HAMPIR sebulan rakyat mengundi dan dakwat di jari mulai pudar, tetapi krisis politik belum lagi reda.

Yang di-Pertuan Agong mahu sebuah kerajaan perpaduan dibentuk supaya krisis politik tidak berlarutan, pada masa yang tumpuan diberikan kepada pemulihan ekonomi dan menyantuni rakyat.

Namun sebaliknya yang berlaku selepas kabinet lengkap dibentuk ia bukan sebuah kerajaan perpaduan tetapi lebih kepada kerajaan campuran atau bahasa kasar kerajaan mengagih rampasan perang atau hoi hoi ya hoi (istilah lagu popular dari filem Ali Baba Bujang Lapok).

Sedangkan Agong menyebut yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua.

Ini bermakna kabinet dibentuk bukan atas dasar membalas jasa sokongan, tetapi kerana merit seseorang tidak kira ia melibatkan ahli parlimen lawan atau yang kalah.

Contohnya Khairy Jamaluddin yang terkenal perkhidmatan dan pencapaian beliau sangat cemerlang ketika kerajaan sebelum ini, beliau harus dibawa masuk ke dalam kabinet.

Langkah itu dibuat oleh Presiden Indonesia Joko Widodo yang melantik lawannya Prabowo Subianto ke dalam kabinetnya dan ia menunjukkan beliau seorang yang berjiwa besar dan sekaligus meredakan ketegangan politik.

Ini sudah Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal melaksanakan apa yang dikehendaki Agong, bahkan beliau tidak cukup berjiwa besar kerana sibuk melunaskan dendam politik berbanding menguruskan negara.

Dikhuatiri jika situasi ini berlarutan ia akan menyebabkan negara akan terus terjebak dalam kegawatan ekonomi dan krisis politik berpanjangan.

 

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button