NasionalParlimen

Kerajaan arah projek PGBF dikaji semula

FELDA diminta mengkaji semula projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) berstatus 60% ke bawah seperti mana dikehendaki kerajaan.

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan juga melakukan semakan peruntukan terhadap tujuh tapak PGBF yang masih terbengkalai dengan anggaran RM200 juta melalui “rolling plan’ keempat, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

AZALINA

“Bagaimanapun Felda meneruskan projek sedia ada berstatus 70% siap dengan peruntukan kerajaan sebanyak RM296.5 juta.

“Felda akan menyediakan laporan menyeluruh mengenai perkara ini dan akan diserahkan kepada pertimbangan perdana menteri (Anwar Ibrahim) dalam masa terdekat,” katanya menerusi jawapan dimuatnaik di laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalah Ahli Parlimen, Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) yang meminta kerajaan menyatakan pendirian mengenai kebenaran pembinaan rumah generasi kedua di atas tanah lot generasi pertama.

Pada 27 Oktober 2022 lalu, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek PGBF terbengkalai akan dimulakan pada Disember tahun yang sama dan dijangka siap untuk diduduki pada Disember 2024.

Katanya, projek tersebut akan disiapkan menerusi inisiatif pembiayaan swasta dengan kos pembangunan RM204 juta.

Ia susulan pelbagai rungutan generasi baharu Felda terhadap projek itu yang terbengkalai antara tujuh hingga 12 tahun di beberapa lokasi di seluruh negara. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button