Kerajaan perluas perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah
Kementerian Kesihatan (KKM) komited untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah, Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, penjagaan kesihatan berteraskan syariah bukanlah sesuatu yang baharu dan ia berakar dalam sejarah Islam dan kini mendapat permintaan yang semakin meningkat, terutamanya daripada pelancong kesihatan dan pelancong dari negara-negara majoriti Muslim.
Dr. Dzulkefly debelum itu menghadiri Simposium Shariacare: Merintis Kesihatan dengan Nilai-Nilai Syariah di Bangi.
“Patuh syariah ialah semua yang berkaitan kesejahteraan keseluruhan masyarakat. Ia melibatkan perkhidmatan berkualiti yang berpatutan, selamat dan berkesan.
Sementara itu beliau memaklumkan, sebanyak 54 hospital di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) menerima pengiktirafan sebagai Hospital Mesra Ibadah (HMI) oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak 2014. – SM