Nasional

Harga petrol RON97 naik

Seiring dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia, Kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.43 seliter manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM3.13 seliter.

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 23 Januari 2025 hingga 29 Januari 2025 adalah ditetapkan seperti berikut:

(i) harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM3.38 seliter kepada RM3.43 seliter;
(ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;
(iii) harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM3.08 seliter kepada RM3.13 seliter; dan
(iv) harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button