Nasional

Kerajaan perlu desak Majlis Keselamatan PBB hentikan kezaliman di Palestin

Alumni 4B Malaysia memohon kerajaan segera bertindak membantu dan menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Presidennya, Datuk Syed Azmi Syed Nazir Ahmad Al-Husaini berkata, pihaknya juga berharap kerajaan dapat mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya  bertindak tegas untuk memastikan Israel untuk menghentikan segera kezaliman terhadap rakyat Palestin

“Kita mengutuk sekeras-kerasnya  perbuatan tentera regim Israel yang  bertindak ganas, zalim dan melakukan kekejaman yang keterlaluan serta  di luar norma kemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

“Kita turut kecewa dan kesal dengan serangan udara dan pencerobohan berterusan tentera regim Israel terhadap rakyat Palestin ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadah di Masjid Al-Aqsa.

“Perbuatan keji dan biadab ini telah mencemar kehormatan agama Islam amat mengguris hati dan perasaan umat Islam di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Syed Azmi turut memberitahu yagn pihaknya akan melancarkan Tabung Dana Solidariti Al-Aqsa.

Jelasnya, seluruh ahli Alumni 4B Malaysia dan rakyat yang cintakan keamanan dirayu untuk menyumbang ke tabung tersebut.

“Semua sumbangan boleh disalurkan ke akaun Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (ALUMNI), No Akaun 86-0006389-3 CIMB. InsyaAllah sumbangan kita akan menjadi pembakar semangat buat rakyat Palestin dan saham akhirat untuk kita,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button