Nasional

Kerajaan Perlis agih sumbangan kuih raya kepada anggota keselamatan

RAJA Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan menyampaikan sumbangan kuih raya, kepada anggota keselamatan dan petugas di sempadan bagi menghargai pengorbanan mereka bertugas, bagi memastikan keselamatan negara.

Dalam majlis yang berlangsung di Galeri Diraja Istana Arau di sini, Baginda telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada Panglima 20 Briged Infantri Brig. Jen. Hassan Embong dan Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad.

Selain itu, sebanyak 14 lagi agensi keselamatan lain turut menerima sumbangan kuih raya antaranya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Jabatan Kesihatan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Turut hadir, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Setiausaha Kerajaan Perlis Azman Mohd Yusof.

— BERNAMA

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button