Ekonomi

Kerajaan Malaysia ‘pro-business’ – PM

KERAJAAN Malaysia menyatakan kesediaan untuk mengalu-alukan kemasukan pelaburan asing baharu ke negara ini.

Ini termasuklah ksediaan untuk menawarkan pelbagai insentif bagi menggalakkan lebih banyak pelaburan asing masuk ke Malaysia dan mencipta peluang pekerjaan di negara ini.

Malah terbaharu, kerajaan dilapor membawa masuk pelaburan bernilai RM5.4 bilion apabila sebuah syarikat pengeluar kertas dan ‘paperboard’ terbesar di Asia meningkatkan jumlah pelaburannya.

Peningkatan pelaburan asing terus (FDI) itu menjadikan sejumlah 572 projek perkilangan dari China bernilai RM78.61 bilion diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Pagi ini, saya menerima kunjungan delegasi syarikat pengeluar kertas dan ‘paperboard’ terbesar di Asia yang telah memberikan komitmen untuk menambah pelaburan sebanyak RM5.4 bilion di Malaysia.

“Delegasi syarikat Nine Dragons Paper (Holdings) Limited itu diwakili oleh Pengerusinya, Cheung Yan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Zhang Cheng Fei.

“Hadir sama Menteri Kanan Ekonomi yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud.

“Sehingga Disember 2020, sejumlah 572 projek perkilangan dari China bernilai RM78.61 bilion telah diluluskan oleh pihak MIDA, termasuk Kumpulan Nine Dragons Paper (Holdings) Limited.

“Syarikat ini tersenarai di papan utama Bursa Hong Kong dan menduduki senarai China Fortune 500.”

Demikian kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi hantaran Facebooknya hari ini memaklumkan pelaburan Nine Dragons Paper (Holdings) Limited itu melibatkan pengambil alihan kilang di Bentong, Pahang dan Banting, Selangor.

Pengambilalihan itu melibatkan kilang ND Paper (Malaysia) Sdn Bhd di Bentong yang bernilai RM1.2 bilion dan ND Paper Malaysia (Selangor) Sdn Bhd di Banting bernilai RM4.2 bilion.

“Kedua-dua projek ini Kedua-dua projek ini akan menjana 2,180 peluang pekerjaan dengan hampir 90 peratus adalah rakyat tempatan. Projek di Banting dijadual beroperasi pada tahun 2022.

“Penambahan pelaburan oleh Kumpulan Nine Dragons Paper ini jelas menunjukkan keyakinan pelabur asing untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan mereka. Semoga ekonomi negara terus pulih dan bertambah kukuh,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button