Kerajaan Kelantan bakal saman penganjur berhubung konsert wanita berpakaian seksi
Baru-baru ini sedang hangat diperkatakan tentang Konsert yang berlangsung di Kelantan sempena pesta Loy Kratong di Bachok Jumaat lepas.
Apa yang menjadi isu adalah beberapa gambar dan video sedang tular di media sosial memaparkan beberapa wanita seksi menari dan menyanyi di pentas.
Oleh itu kerajaan Kelantan akan mengenakan denda melebihi RM10,000 terhadap penganjur konsert tersebut berhubung gagal mematuhi sebahagian yang ditetapkan.
Menurut Pengerusi Kerajaan Tempatan Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah, konsert berkenaan tidak melanggar Enekma Kawalan Hiburan kerana mempunyai permit.
“Pihak penganjur memohon permit untuk acara berkenaan pada 25 Jun dan permit hanya diluluskan pada 20 September selepas kita menjelaskan syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi termasuk lokasi penganjuran tertutup serta hanya dihadiri penganut agama mereka sahaja.
“Bagaimanapun pihak penganjur gagal mematuhi sebahagian peraturan ditetapkan dan antara kesalahan dikenal pasti adalah menampilkan penyanyi dari Thailand yang tidak mematuhi etika pemakaian selain membenarkan pengunjung beragama Islam ke konsert berkenaan,” katanya kepada pemberita.
Pihaknya juga sudah melakukan proses siasatan dan pendengaran semalam yang dihadiri beberapa wakil Majlis Daerah.
‘’Pihak penganjur di Bachok mengakui seorang anggota Rela yang diupah di konsert berkenaan, gagal mengawal keadaan sehingga acara itu turut dikunjungi oleh pengunjung beragama Islam.
‘’Sedangkan poster berhubung acara berkenaan sudah dibuat dalam bahasa Thailand dan konsert keagamaan yang diadakan secara tahunan itu hanya untuk penganut beragama Buddha,” katanya.
Artikle Berkaitan :>