Nasional

Kerajaan berjaya harungi cabaran Covid-19

Kerajaan berjaya mengharungi cabaran pandemik Covid-19 yang melanda negara pada awal tahun 2020 telah menyebabkan krisis kesihatan dan ekonomi negara yang belum pernah berlaku sebelum ini, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“KDNK negara bagi tahun 2020 menguncup sebanyak 5.5%, iaitu penguncupan paling besar sejak Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998.

“8 pakej rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion telah dilaksanakan pada tahun 2020 dan 2021 untuk memastikan kelangsungan perniagaan dan meringankan beban rakyat Malaysia yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

“Langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam melaksanakan pakej rangsangan dan pembukaan semula ekonomi secara beransur-ansur telah mengurangkan impak besar daripada krisis ini dan juga menyokong pemulihan semula pertumbuhan ekonomi.

“Ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih baik pada tahun 2021 dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.1%,” katanya, menerusi satu kenyataan media.

Kejayaan program imunisasi Covid-19 negara (PICK) membolehkan Kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri bermula 11 Oktober 2021.

“Ekonomi negara terus mengukuh pada tahun 2022 di mana KDNK negara bagi suku kedua 2022 mencatat pertumbuhan 8.9%, lebih tinggi berbanding 5.0% yang dicatat pada suku pertama 2022.

“Pertumbuhan ekonomi suku kedua adalah tertinggi di ASEAN dan lebih tinggi berbanding beberapa negara maju dan serantau seperti China (0.4%), Amerika Syarikat (1.6%), Korea Selatan (2.9%), EU (4.0%), Singapura (4.4%), Indonesia (5.4%) dan Filipina (7.4%).”

Tambahnya lagi, ekonomi negara dijangka mampu mencapai sasaran di antara 5.3% hingga 6.3%. Ini mengambil kira pencapaian separuh pertama tahun 2022 sebanyak 6.9%.

“Jumlah perdagangan meningkat 31.1% kepada RM1.87 trilion bagi tempoh Jan-Ogos 2022 berbanding RM1.41 trilion pada tahun sebelumnya. Eksport meningkat sebanyak 30.3% kepada RM1.0 trilion (Jan-Ogos 2021: RM778.5 bilion).

“Malaysia mencatat lebihan dagangan sebanyak RM155.6 bilion berbanding dengan RM150.1 bilion pada tempoh sama tahun 2021,” katanya.

Mustapa berkata, Malaysia kekal sebagai destinasi menarik untuk pelaburan langsung asing (FDI) dengan mencatat aliran masuk bersih FDI lebih tinggi sebanyak RM41.7 bilion pada Jan-Jun 2022 (Jan-Jun 2021: RM20.2 bilion).

“FDI yang diluluskan oleh MIDA mencatat RM87.5 bilion bagi separuh tahun pertama, lebih tinggi berbanding dengan RM86.7 bilion bagi tempoh yang sama tahun 2021,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button