Kerajaan baharu hanya angan-angan Anwar – Ku Nan
KERAJAAN baharu hanya sekadar angan-angan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahin dan tidak ada pihak yang akan mempercayainya.
Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang manfikan beliau tidak terlibat dalam gerakan oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan beliau sama sekali tidak terlibat.
Tengku Adnan antara nama yang disebut akan menyokong Anwar.
“Saya tetap bersama UMNO, dulu kini selamanya dalam perjuangan sebuah bangsa.
“Kita dalam UMNO juga telah putuskan ‘no Tun Mahathir, no Anwar and no Dap’, jadi hentikanlah spekulasi ini,” keta beliau dalam kenyataan hari ini.
Oleh itu beliau meminta spekulasi membabitkan dirinya itu dihentikan segera.
“Hentikan spekulasi, kita teruskan perjuangan menjaga rakyat dan tetap setia bersama Barisan Nasional (BN),” tegasnya.
Sebuah portal menyiarkan senarai ahli parlimen UMNO yang akan bersama Anwar yang mendakwa sudah mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan menggantikan Pakatan Nasional termasuk Tengku Adnan.
Anwar pada Rabu lalu Anwar mendakwa dia sudah memiliki sokongan majoriti yang kukuh dan meyakinkan namun enggan mendedahkan jumlah anggota parlimen yang memihak kepadanya.
Namun demikian dakwaan tersebut dinafikan oleh sebilangan individu yang dikatakan terlibat. – SM