Nasional

Kerajaan akan perincikan pembangunan Wakaf Madani-PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan mengumumkan langkah yang bakal diambil bagi memajukan usaha membangunkan wakaf di negara ini.

Perdana Menteri berkata, perincian itu meliputi peruntukan RM1 bilion Wakaf Madani seperti yang diumumkan dalam belanjawan, baru-baru ini.

“Dalam masa terdekat kita boleh umumkan cara lebih terencana apakah maksud Wakaf Madani, apakah langkah-langkah yang harus lakukan untuk memajukan kegiatan wakaf keseluruhannya,” katanya ketika merasmikan Bulan Wakaf Kebangsaan 2023.

Perasmian disiarkan secara dalam talian.

Ketika membentangkan belanjawan baru-baru ini, Anwar berkata, kerajaan akan mewujudkan Wakaf Madani dengan aset bernilai RM1 bilion.

Ia terdiri daripada tanah, masjid, bangunan, kemudahan kesihatan serta pendidikan itu akan dioptimumkan bagi manfaat golongan fakir miskin, berpendapatan rendah dan golongan rentan lain.

Selain itu kata Anwar, kerajaan juga akan menubuhkan Jawatankuasa Nasional Tanah Wakaf dengan objektif wakaf menyumbang 20% pengembangan sektor kewangan sosial Islam menjelang 2030.

“Bagi memastikan objektif keseriusan kerajaan, saya sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa nasional ini,” katanya.

Sementara itu, Anwar turut menggalakkan umat Islam sama ada individu, persatuan atau syarikat untuk melihat inisiatif wakaf sebagai satu tradisi yang mesti dihidupkan.

“Jadi saya percaya dengan ikhtiar tambahan ini, kita dapat semarakkan lagi wakaf kerana selagi ikhtiar ini diteruskan terutamanya dalam bulan Ramadhan,kita tentunya meningkatkan usaha amal jariah, sedekah dan wakaf,” katanya.

Terdahulu, KEMENTERIAN Perpaduan Negara komited untuk membantu kerajaan menjayakan Belanjawan 2023 sebagai usaha memastikan keharmonian dan kemakmuran rakyat terus dipelihara.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, pihaknya menghargai dan menyambut baik Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dengan tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 yang dibentangkan adalah selaras dengan prinsip MADANI yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Belanjawan ini jelas menunjukkan komitmen Kerajaan dalam memastikan keharmonian dan kemakmuran rakyat terus dipelihara,” katanya.

Belanjawan 2023 telah memperuntukkan pelbagai inisiatif bagi menjamin keharmonian dan perpaduan melalui Ikhtiar 11.

Antara inisiatif tersebut adalah:

  1. RM50 juta diperuntukkan bagi menggerak pelbagai program perpaduan dan integrai nasional antaranya Kembara Perpaduan Malaysia MADANI dan Ini Warisan Kita.
  2. RM50 juta disediakan bagi penyelenggaraan dan baik pulih rumah ibadat bukan islam seluruh negara.
  3. Geran padanan RM50 juta bagi mendorong penajaan sektor swasta untuk program sukan, khususnya sukan yang berteraskan perpaduan.
  4. Dana RM25 juta bagi menyemarak kegiatan kebudayaan dan kesenian di peringkat komuniti.
  5. RM20 juta peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan bagi program perpaduan yang berlandaskan penerapan nilai-nilai murni antara kaum. Keutamaan diberikan kepada program sukan, kebudayaan dan kesenian di peringkat sekolah dan komuniti.
  6. Bagi memupuk perpaduan di samping mengangkat peranan ibu bapa, komuniti dan NGO dalam pembangunan anak-anak di sekolah, kerajaan bersetuju menyediakan RM20 juta untuk melaksanakan program gotong-royong di semua sekolah seluruh Malaysia. – SM

BACA Malaysia Madani: 100 hari penuh dendam

BACA Belanjawan 2023: Membangun Malaysia Madani melalui konsep perpaduan dalam kepelbagaian

PAUTAN https://www.youtube.com/watch?v=w0izRxszoDQ

Artikel berkaitan > Senarai penuh Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button