Nasional

Kerajaan adalah mengenai rakyat, bukannya tentang menteri – Kadir Jasin

TINDAKAN menteri Kabinet memaparkan wajah mereka di papan-papan iklan gergasi dikritik  Penasihat Komunikasi dan Media kepada Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin, termasuk mengaitkannya dengan birokrasi dan feudalisme.

Dalam hantarannya di Facebook, Kadir berkata, lebih baik mempromosikan agenda kerajaan daripada muka para menteri.

“Lebih baik menampilkan orang yang mengambil bahagian dalam agenda kerajaan daripada menteri-menteri yang pos untuk jurugambar,” katanya dalam hantaran itu yang diiringi gambar papan iklan gergasi dengan wajah Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek dan Menteri Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun.

Kadir berkata, kerajaan adalah tentang rakyat dan bukannya tentang menteri membina personaliti atau pegawai kerajaan yang mendapat habuan daripada kedua-dua belah pihak.

Katanya, kerajaan sepatutnya mempromosikan semua orang adalah sama atau egalitarianisme, kemanusiaan dan rendah diri berbanding birokrasi dan feudalisme,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button