Ekonomi

Keputusan kewangan suku kedua Globetronics berdaya saing

PULAU PINANG, 23 Ogos – Globetronics Technology Bhd (“GTB” atau Kumpulan”),melaporkan hasil sebanyak RM27.8 juta, turun tujuh peratus daripada RM29.9 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024.

Pemain industri pemasangan dan ujian semikonduktor penyumberan luar (“OSAT”) dan semikonduktor, berkata penurunan hasil ini menunjukkan pengurangan volum pemuatan daripada beberapa pelanggan utama Kumpulan, keadaan yang telah diburukkan lagi oleh cabaran makroekonomi dan geopolitik yang berterusan yang menjejaskan industri semikonduktor di seluruh dunia.

Dalam tempoh tersebut, keuntungan sebelum cukai (“PBT”) menyaksikan penurunan sebanyak 17 % kepada RM6.5 juta daripada RM7.8 juta, yang sebahagian besarnya disebabkan oleh keuntungan pertukaran asing yang lebih tinggi sebanyak RM1.8 juta yang dicatatkan pada S1 TK2024 berbanding kepada kerugian pertukaran asing RM0.1 juta pada suku semasa.

Pengurusan GTB berkata berdepan cabaran, pihaknya memberi tumpuan untuk memacu pertumbuhan jangka panjang melalui pelaburan modal strategik dan kecemerlangan operasi.

“Usaha kami pada tahun ini termasuk memperkenalkan produk baharu dan menjalankan proses kelayakan, dengan matlamat untuk meningkatkan lagi prestasi kewangan Kumpulan pada tahun akan datang. Keutamaan kami kekal memberikan nilai kepada pemegang saham kami sambil melibatkan diri secara aktif dengan bakal pelanggan untuk mendapatkan peluang perniagaan baharu,” katanya di sini hari ini.

Melihat ke hadapan, GTB kekal optimistik dengan berhati-hati tentang prospeknya untuk baki tahun 2024.

Kedudukan tunai Kumpulan yang kukuh dan pengurusan kewangan yang berhemat dijangka menyediakan asas yang kukuh untuk menghadapi cabaran industri yang berterusan sambil meneroka peluang pertumbuhan baharu.

Kumpulan bersedia untuk memanfaatkan trend baru muncul dalam industri semikonduktor, disokong oleh pelaburan strategiknya dalam teknologi dan modal insan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button