Politik

Kepimpinan YAB PM dalam Kerjasama ASEAN-AS jadi pemangkin kepada pemulihan ekonomi

1. Dalam kemeriahan syawal pasca transisi kearah endemik yang masih terasa, YAB PM Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bersama-sama rakan sejawatannya di antara negara-negara ASEAN (kecuali Myanmar dan Filipina) telah dijemput secara kehormat ke Persidangan Khas ASEAN-AS yang diadakan di Washington, Amerika Syarikat .

2. Lawatan kerja Perdana Menteri ini dilihat penting kerana negara-negara ASEAN perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam memastikan proses pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid-19 berjalan secara tersusun di samping Amerika Syarikat sebagai rakan dagang kedua terbesar ASEAN.

3. Usaha Perdana Menteri dalam memastikan pemulihan ekonomi antarabangsa menjadi keutamaan disambut baik Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Rakyat masih bergelut dalam proses transisi kearah endemik dan Malaysia antara negara top 20 yang paling bergantung kepada dagangan antarabangsa.

4. Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar persidangan ini perlu menyelesaikan pelbagai krisis antarabangsa yang melanda akibat konflik Russia-Ukraine, ancaman geopolitik dengan himpitan kuasa besar di Laut China Selatan dan tindakan antarabangsa yang memencilkan konflik Israel-Palestin dan juga reaksi masyarakat antarabangsa terhadap Rusia-Ukraine yang dilihat hanya akan membiarkan kuasa besar berhampiran ASEAN untuk melanggar kedaulatan wilayah negara-negara ASEAN khususnya tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

5. Pendekatan berjiwa besar Perdana Menteri yang diinspirasikan oleh Keluarga Malaysia diharap dapat mewujudkan trajektori ke arah Keluarga ASEAN yang akan mementingkan pemulihan ekonomi, penyelesaian aman konflik antarabangsa yang akan mengakibatkan kenaikan inflasi dan bahan api, kejatuhan mata wang berbanding dolar AS serta pelbagai krisis bekalan logistik yang masih menghantui pasaran dunia dan melambatkan pemulihan ekonomi negara-negara ASEAN.

6. Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia juga mengulangi tawaran tenaga parti dan buah fikiran Kelab-Kelab UMNO seluruh dunia bagi membantu Perdana Menteri merealisasikan misi dan visi beliau .

IKMAL HAZLAN IKMAL HISHAM
Pengerusi
Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button