Hiburan

Kepada yang tersinggung ampunkan kami, kata vokalis Drama Band

VOKALIS Drama Band Aepul Roza memohon maaf secara umum kepada mereka yang tersinggung dengan persembahan kumpulan itu di Anugerah Juara Lagu malam tadi.

Melalui Instagramnya, aepul.roza,  vokalis Drama Band itu berkata, persembahan mereka hanyalan sebuah jalan cerita mengenai kehidupan.

“Terima kasih @TV3malaysia atas peluang ini. Maafkan kami atas silap kami.

“Kepada mereka yang tersinggung, ampunkan kami. Hanya jalan cerita kehidupan, kadangkala warnaya tidak kita gemar,” kata Aepul Roza.

BACA JUGA: AJL34: Karakter mirip Najib, Rosmah, FB Drama Band jadi sasaran

Kumpulan itu menjadi sasaran netizen di media sosial apabila dalam persembahan mereka terdapat beberapa karakter yang dianggap disasarkan kepada personaliti tertentu termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kemudian, muncul dua watak badut, seorang individu lelaki berpakaian korporat dan seorang lagi wanita yang berbaju kurung sambil membawa beberapa beg tangan berjalan di karpet merah. Kedua-dua watak itu dipercayai menyerupai Najib dan Rosmah. Mereka diiringi beberapa watak badut lain di pentas.

Sambil berjalan, kedengaran suara latar wanita bercakap: “Can I advise you something.” Dialog tersebut serupa dengan percakapan Rosmah dalam rakaman audio yang didedahkan SPRM.

BACA JUGA: Apa itu SL1M: Najib kongsi foto Drama Band

Hantaran kumpulan itu di Facebook mereka, sebelum persembahan di AJL berlangsung mendapat lebih 19,000 komen dengan rata-rata warganet tidak senang dengan unsur politik dalam persembahan Drama Band.

Persembahan Drama Band pada awalnya menarik perhatian ramai dengan pembukaan persembahan vokalis Aepul  yang agak menyeramkan, tampil dengan imej seperti karakter Ryuk  dalam anime Jepun iaitu Death Note.

Persembahan tersebut kemudiannya mencetuskan kontroversi dengan kemunculan beberapa karakter lain yang dikaitakan dengan beberapa selebriti, pendakwah bebas serta ahli politik yang pernah berdepan kontroversi.

Antaranya ialah isu bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee, penyanyi, Haqiem Rusli yang sebelum ini mengatakan dirinya menghidapi depresi, isu rumah tangga dua pendakwah bebas dan juga kes melibatkan ahli politik.-SM

 

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button