Kenapa tidak guna kereta terbang untuk APEC 2020?
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terkenal dengan gelaran Raja Troll mempersoalkan mengapa kereta terbang tidak digunakan untuk pengangkutan rasmi para delegasi APEC 2020.
“Kenapa tak guna kereta terbang nasional sebagai kereta rasmi APEC 2020?
“Sebab apa nak pilih Proton yang kononnya telah dijual kepada China?” kata Najib dalam hantaran ke Facebook peribadinya.
Persoalan itu dibangkitkan Najib kerana sebelum Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap Proton bukan lagi kereta nasional kerana telah dijual kepada China.
Bagaimanapun tindakan Najib semasa menjadi perdana menteri itu telah menyelamatkan pengeluar kereta kebangsaan itu daripada gulung tikar.
Perbuatan Mahathir dianggap oleh netizen sebagai meludah ke langit jatuh ke muka sendiri.
Cheredza Junied Maknanya Kereta Najib disukai oleh Mahathir. Dulu mereka fitnah. Syrkt Geely mereka kata Geli lah. Buatan china lekeh. Rupa²nya ada teknologi volvo.
Malangnya, Mahathir muka tebal.
Proton terhutang budi pada Najib. Harap proton ingat jasa Najib.
Paling tidak bagi hadiah sebuah X70 kat Najib.
Harap proton setuju.
Ada yang mahu SPRM menjalan siasatan kerana dikatakan sebanyak RM20 juta telah dibelanjakan bagi menjalankan kajian pembangunan kereta terbang tersebut yang sebenarnya hanyalah sebuah drone.
Syed Nasabil Rm20 juta duit projek kreta terbang rakyat tu tah kemana dah.. sprm xnak siasat ke woiii?
Ramai juga yang bertanya ke mana perginya menteri kereta terbang menghilangkan diri.
Ryan Ryqal Sbb menteri kereta terbang sembunyi gua malu nak letak muka kat mana.