Orang Melayu suatu masa dahulu begitu hebat kerana sebelum kedatangan Islam sekali pun.. orang Melayu itu sememangnya menjalani cara hidup yang diangkat oleh Islam.
Oleh sebab itu apabila Islam tiba di Tanah Melayu, orang Melayu mudah menerima Islam dan kekal menjadi pegangan agama sejak turun-temurun sehingga ke hari ini.
Pada zaman-zaman awal Melayu berkuasa, setakat cerita orang Melayu boleh berjalan atas air, berjalan atas langit, menjadi kebal, bertukar halimunan bukanlah sesuatu yang aneh.
Namun kini jika ada orang Melayu masih memiliki ilmu-ilmu sedemikian, bayangkan berapa jauh teknologi yang boleh dibawa serta dipimpin oleh orang Melayu.
Walau bagaimanapun, sejak kedatangan penjajah.. segala ilmu timur yang diwarisi oleh anak-anak Melayu ini sudah dirogol dengan pendidikan sekular Barat.
Anak haram pendidikan sekular Barat yang memisahkan agama dalam pembelajaran dan kehidupan masih belum berhenti merebak malah jelas semakin berjaya.
Maka dengan itu tidak mustahil mengapa orang Melayu kini berada di tahap rendah pandangan orang luar termasuk orang-orang sebangsa.
Ia adalah kerana orang Melayu hari ini sudah jadi bodoh dan hilang kesaktian seperti generasi dahulu kala yang jiwanya sangat dengan Maha Pencipta.
Untuk persoalan adakah orang-orang Melayu ini boleh bangkit kembali menjadi bangsa beragama Islam yang hebat, jawapannya adalah sudah tentu boleh.
Dengan syarat.. kehidupan orang Melayu dari pelbagai aspek harus kembali semula kepada Islam dan bukannya terjejas dengan fahaman Freemason atau Illuminati yang dibawa oleh kerajaan hari ini secara halus.