Rencah HidupUncategorized

Kenapa Baba’s bagi rempah ratus pada pasangan Jepun ini?

PEMINAT kepada pasangan YouTuber dari Jepun yang dikenali sebagai iChang RM kini boleh menantikan lebih banyak lagi video mereka mencuba masakan Malaysia.

Ini kerana pasangan tersebut, kini menetap di Hong Kong telah menerima pebagai jenis rempah ratus jenama Baba’s yang tidak dipasarkan ke luar negara.

Pasangan tersebut berkongsi mengenai berita gembira itu di Instagram selepas menerima jemputan dari Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong, semalam.

“Ini adalah peluang yang paling menakjubkan bila kami dipanggil untuk hadir ke pejabat Konsulat Jenaral Malaysia di Hong Kong.

“Kami juga berterima kasih kepada Baba’s kerana memberikan serbuk rempah ratus yang hanya terdapat di Malaysia.

BACA> Dari litar lumba, Wazi kini pengedar telur masin

“Sudah tidak sabar rasanya untuk kami memask juadah lazat Malaysia menggunakan serbuk yang diberikan,” katanya.

Saluran YouTube iChang RM sebelum ini tular dikalangan penonton tempatan kerana pasangan tersebut begitu menggemari buah durian.

Malah, saluran itu semakin mendapat sambutan selepas mereka mula mencuba pelbagai juadah di restoran atau kedai makan yang sering dikunjungi masyarakat tempatan.

Namun, pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan pasangan itu terpaksa pula ke Hong Kong.

Dek kerana kerinduan terhadap masakan dan juadah di Malaysia telah menyebabkan pasangan ini mengambil inisatif untuk cuba memasak sendiri makanan yang diinginkan.

Bermula dengan kuih ondeh-ondeh, mereka kemudian secara tidak sengaja telah cuba membuat kuih badak berendam hasil daripada komen yang rakyat Malaysia di ruangan komen.

Kemudian, bermulalah siri memasak bersama iChang RM seperti nasi lemak ayam, rendang daging, roti canai, burger ‘Ramly’ dan nasi kandar.

Menariknya, bukan hanya masakan, tetapi pasangan itu juga mengikut budaya ketika makan yang diamalkan rakyat Malaysia seperti makan menggunakan tangan dan guna daun pisang sebagai pinggan.

Pasangan itu sebelum ini juga pernah mengeluh kerana kesukaran untuk mendapatkan rempah ratus jenama tempatan di Hong Kong sekaligus memberi kesukaran buat mereka untuk memasak lebih banyak juadah tempatan.

BACA> Pemilik restoran bantu orang miskin lapar dengan hidangan RM1

Menariknya, antara sumber rujukan pasangan tersebut untuk memasak ialah pasangan YouTuber suami isteri yang kini semakin popular iaitu, Sugu Pavithtra. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button