Rencah Hidup

Kenangan melaram malam raya

MELARAM ketika malam raya? Ini adalah satu kenangan yang tak dapat dilupakan oleh sesiapa pun yang mempunyai tradisi tertentu menjelang sambutan Aidilfitri.

Hal macam ini memang segar diingatan lebih-lebih lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).

BACA > Basmi Kemiskinan Melalui Model EL — Suara Merdeka

Yalah…sedih tak dapat pulang ke kampung dek penularan wabak Koronavirus (Covid-19) yang sedang menyerang negara kita.

Masa ini lah kita teringat suasana di kampung yang pernah dibuat untuk menyambut hari raya seperti tahun-tahun lalu.

Lebih sedih lagi bila terpaksa beraya di negara orang, sudahlah tak boleh pulang kerana Covid-19, sambut di negara orang pula itu.

Itulah hal yang terjadi buat anak Malaysia yang merantau di London, England, Khairul Aiman Hamdan apabila menceritakan kenangannya menyambut raya di kampung dahulu.

Pelbagai gelagat sanak saudara bermain di fikirannya apabila mengenang kemeriahan sambutan Aidilfitri dekat kampungnya di Kampung Melayu Batu 16 di Rawang Selangor.

Keluar waktu malam, mengecat pagar dan melaram pada malam raya antara kenangannya bersama keluarga yang tidak boleh dilupakan.

“Aku ingat lagi, sebagai cucu diwaktu bulan Ramadan kebanyakan kami tidur malam. Makin dekat nak raya ada yang keluar pergi uptown tengah malam, minum warung. Lepas subuh baru tidur.

“Sampaikan satu hari, arwah wan harapkan kami cat pagar, tetapi tak ada cucu dia yang belia bangun. Dalam tak larat lututnya, dia gigih panjat tangga naik atas. Kemudian dia tempik kami semua yang tengah tidur.

“BANGUN! Selagi sarjan ni hidup! Jangan kau mimpi nak tidur sampai matahari terik!” katanya menceritakan situasi itu dalam Facebooknya.

BACA > Titah Diraja Pembukaan Penggal Ke-3 Parlimen Ke-14 — Suara Merdeka
BACA > Jangan biar kemelut politik berlarutan — Suara Merdeka

Tambahnya, selepas ditempik arwah neneknya itu, semua kelam-kabut bangun dan tolong mengecat pagar dalam keadaan tidak mandi.

MELARAM MALAM RAYA
KHAIRUL AIMAN HAMDAN bersama keluarganya di London, United Kingdom

“Kemudian ramai-ramailah cucu Hajjah Ramlah dengan muka tak mandi cat pagar pukul 10. Kau bayangkan dengan muka sembab, rambut kembang, pakai kain pelekat. Gelak aku.

“Yang perempuan pun kena, sibuklah masing masing tukar langsir tukar cadar buat kuih. Kalau junior dari kami ada yang cuci longkang. Aku yang kuat ngelat. Buat buat sibuk. Aku rasalah,” selorohnya.

Paling menarik, menurutnya, keluarga mereka mempunyai tradisi apabila semua sanak saudara pulang ke kampung.

Katanya, pada malam raya, mereka akan adakan sesi fotografi pakaian beragam.

“Kali pertama kami adakan, selepas isyak malam raya. Ramai ramai cucu semua arahkan famili untuk sediakan pakaian bertemakan Jubah untuk malam itu.

“Kemudian ramailah cucu lelaki berjubah berserban, dan cucu perempuan dan anak menantu berjubah hitam bercelak berpurdah. Cukup meriah.

“Kemudian kami adakan sesi foto beramai ramai. Anak anak, menantu, cucu lelaki, perempuan. Arwah Wan akan duduk tengah, macam pengetua sekolah. Cukup manis.

BACA > Raja Perlis Sambut Ulang Tahun Keputeraan ke-77 — Suara Merdeka
BACA > Muhyiddin sah Perdana Menteri disokong 114 ahli Parlimen — Suara Merdeka

“Dua tahun berikutnya, kami buat tema Batik. Maka pakailah beramai ramai busana Batik moden, batik Cadbury UiTM, matrik, asrama sekolah, kerajaan, telekom. Kenangan cukup manis,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button