Rencah Hidup

Kenal bunyi meow, wanita jumpa semula kucing hilang 8 bulan

MEMELIHARA kucing boleh diibaratkan seperti menjaga anak sendiri kerana perlu diberi makan, dimandikan, dibersihkan najis, bermain bersama dan kadang-kadang tidur bersama.

Oleh itu, pemilik kucing dapat mengenali dan mengingati sikap kucingnya termasuk bunyi ‘meow’ haiwan itu.

Itu lah yang berlaku kepada seorang wanita di United Kingdom (UK) yang bertemu semula dengan kucingnya selepas mendengar bunyi ‘meow’ haiwan itu dalam panggilan telefon.

Ibu kepada tiga anak itu sangat yakin bunyi meow itu merupakan bunyi kucingnya yang bernama Barnaby yang berusia hampir dua tahun telah hilang selama lapan bulan.

Rachael Lawrence, 40 dari Braintree di Essex, UK berkata dia mengenali bunyi meow yang didengarnya dalam panggilan telefon ketika menghubungi doktor haiwan untuk memeriksa kucingnya yang lain iaitu Torvi, 11 bulan yang menjalani pembedahan.

Menurut Lawrence, dia kemudian bertanya kepada doktor tersebut sama ada bunyi meow itu datang daripada Torvi tetapi doktor tersebut memberitahu bunyi meow itu daripada seekor kucing jalanan yang dibawa masuk seminggu lalu.

Tambahnya, beberapa jam selepas itu, dia menelefon semula doktor haiwan tersebut kerana bunyi meow itu telah menganggunya dan turut ingin mengesahkan sama ada betul itu kucingnya.

“Ia hanya menggangu saya kerana saya mengenali bunyi meow itu.

“Saya telefon semula doktor tersebut dan bertanya sama ada kucing itu berwarna hitam. Doktor tersebut kata betul.

“Kemudian saya tanya lagi sama ada haiwan itu mempunyai tompok putih pada salah satu kaki belakangnya dan jawapanya masih masa iaitu ya,” katanya.

Susulan itu, Lawrence membawa bersama foto Barnaby ketika mengambil Torvi dan dia yakin itu adalah kucingnya.

“Saya menangis. Kami tak jumpa Barnaby selama lapan bulan,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button