Ekonomi

Kempen Great Deals Sime Darby Property Raih RM1.1 Bilion Nilai Tempahan Jualan

Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) berjaya menamatkan kempen Great Deals dengan tempahan  jualan bagi 1,107 buah unit hartanah dengan anggaran nilai sebanyak RM1.1 bilion.

Kempen yang berlangsung dari 15 Ogos hingga 31 Disember 2023 itu disokong oleh pelbagai tawaran menarik
untuk hartanah terpilih di perbandaran-perbandaran Syarikat di seluruh negara.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualan Sime Darby Property, Datuk Lai Shu Wei berkata, kejayaan kempen Great Deals membuktikan pemahaman Syarikat terhadap keperluan pengguna.

“Kami menepati permintaan yang meningkat untuk hartanah berkualiti pada harga dan lokasi yang tepat. Menerusi kempen Great Deals, kami memenuhi impian pemilikan hartanah dengan tawaran hebat di kawasan-kawasan yang tersedia dengan perhubungan, aksesibiliti dan kemudahan yang cemerlang serta pengalaman pembelian yang mudah,” katanya.

Dipacu oleh momentum kempen Great Deals, Syarikat telah melancarkan kempen jualan Dragon Deals yang sedang berlangsung sehingga 29 Februari 2024. Terdiri daripada Go Landed & High-Rise Collection dengan hartanah terpilih di Bandar Elmina, Bandar Bukit Raja, Bandar Serenia, Nilai Impian, Bandar Ainsdale, Taman Melawati dan Putra Heights, Sime Darby Property percaya bahawa kempen ini akan membolehkan pemilikan rumah bagi semua rakyat Malaysia.

“Kempen Dragon Deals merupakan salah satu usaha Sime Darby Property untuk menangani kesukaran pemilikan hartanah di Malaysia. Kami sedar akan sentimen dan cabaran yang dihadapi oleh para pembeli dan percaya bahawa kempen ini akan membantu mereka memiliki hartanah bermula dengan di perbandaran kami,” kata Lai.

Sempena Tahun Naga, pembeli hartanah akan berpeluang untuk menikmati Fortune Rewards yang bernilai sehingga RM100,000 serta hadiah-hadiah lain sepanjang tempoh kempen. Sime Darby Property juga akan mengeluarkan filem pendek Tahun Baru Cina yang mempamerkankomitmen berterusan Syarikat terhadap kehidupan mampan di perbandaran-perbandarannya dengan tema ‘Where Sustainability Flows, Prosperity Follows.’

Untuk menyemarakkan lagi sambutan perayaan yang akan datang, Special Weekends Syarikat akan berlangsung dari 20 Januari hingga 24 Januari dan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina akan diadakan antara 17 dan 25 Februari. Kemeriahan perayaan akan bermula dengan siri Go-Landed Special Weekends di Bandar Bukit Raja, Bandar Serenia, Bandar Ainsdale, Nilai Impian dan Bandar Elmina.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen jualan Dragon Deals Sime Darby Property, sila layari www.simedarbyproperty.com/dragondeals. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button