Bola SepakSukan

Kemenangan Manchester City buatkan Arsenal dan Machester City tergugat?

KEDUDUKAN dua pasukan teratas Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Manchester City mungkin tergugat apabila Manchester United terus memberi tekanan dan merakamkan kemenangan ke atas Leeds United.

Perjalanan ke Stadium Elland Road dilihat cukup berbaloi buat United apabila anak buah Erik ten Hag berjaya mendapatkan tambahan tiga mata ketika menang dengan keputusan 2-0.

Bagaimanapun United terpaksa menanti sehingga penghujung babak kedua untuk mencetak jaringan apabila Marcus Rashford menanduk gol pertama perlawanan pada minit ke-80.

Lima minit berselang, Alejandro Garnacho memberi tamparan kepada tuan rumah apabila berjaya mendapatkan peluang untuk meledak gol kedua United.

Rashford berpeluang untuk menambah gol ketiga pelawat dalam perlawanan ini, bagaimanapun jaringannya pada minit ke 89 dibatalkan setelah video bantuan pengadil (VAR) berjaya mengesan pemain itu berada dalam kedudukan ofsaid.

United sekali lagi dinafikan gol ketiga mereka apabila kuisan Wout Weghorst yang berjaya menerjah gawang pada masa tambahan dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid.

Meskipun begitu, dua jaringan yang diraih United sudah cukup untuk memberikan kegembiraan buat United bagi meneruskan misi memburu kejuaraan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button