SukanUncategorized

Kemelut Zii Jia-BAM selesai, kata PM

KEMELUT antara pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selesai selepas mereka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Pertemuan yang berlangsung di Perdana Putra itu turut dihadiri Presiden BAM, Mohamad Norza Zakaria, kepimpinan tertinggi persatuan serta bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei.

Ismail menerusi hantaran di akaun Facebooknya berkata, dalam sesi pertemuan itu, beliau gembira kerana berjaya menghasilkan perbincangan yang bermanfaat.

“Alhamdulillah semua selesai. Semoga sukan badminton negara terus cemerlang di pentas dunia dan Jalur Gemilang kembali berkibar di luar negara,” catat Ismail Sabri.

Baru-baru ini media melaporkan, BAM mengesahkan menerima surat rayuan daripada Zii Jia berhubung larangan menyertai kejohanan antarabangsa selama dua tahun.

BAM mengumumkan larangan itu minggu lalu selepas Zii Jia menarik diri daripada skuad kebangsaan.

Badan induk badminton negara yang dipetik sebagai berkata, pihaknya akan meneliti perkara berkenaan secepat mungkin bagi mencari penyelesaian terbaik.

Kemelut itu turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu yang kemudiannya menemui Zii Jia untuk mendengar pandangan pemain nombor satu negara itu.

Zii Jia kini berada di ranking ketujuh dunia Persekutuan Badminton Dunia tetapi larangan itu menimbulkan persoalan terhadap masa depan pemain itu dalam sukan berkenaan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button