Politik

Kemeja-T KEADILAN tandamata buat penduduk Felda Adela

SEBAHAGIAN penduduk khususnya golongan peniaga di Gugusan Felda Adela meluahkan masalah berkaitan dengan kos perniagaan yang meningkat kepada calon N38 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Surat, Rosman Tahir.

Mereka mengambil kesempatan memaklumkan permasalahan itu kepada Rosman ketika calon PKR tersebut yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini bersama pimpinan Cabang KEADILAN Sepang, Selangor dan jentera N39 menyantuni para peniaga dan penduduk setempat pagi tadi.

“Tatkala saya memperkenalkan diri saya, ada di kalangan peniaga menyatakan perihal kos perniagaan mereka meningkat tidak menentu khususnya peniaga jenis runcit.

“Kekangan yang dihadapi ditambah lagi dengan dilema untuk menaikkan harga barang akan membuat golongan pembeli pula tersepit,” katanya.

Oleh itu, kata Rosman, pembeli tidak akan mengharungi lebih 10 kilometer (KM) sekali perjalanan untuk mendapatkan keperluan asas ditambah dengan kos pengangkutan.

Sementara itu, lebih kurang dua hari sahaja berbakit untuk calon-calon PRN Johor bertemu para pengundi di kawasan DUN masing-masing.

Kempan calon-calon berakhir pada 12 tengah malam, 12 Mac ini.

Menurut Rosman lagi, beliau merasa terubat segala penat lelah berkempen bila mana ada dalam kalangan peneroka di Felda Adela, bersua dengan beliau dan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi malahan meminta beberapa helai kemeja-T KEADILAN.

“Ada pula pengundi yang memberitahu, mereka mengundi di DUN Johor Lama dan Pasir Raja. Saya bantu kempenkan sekali calon anak muda KEADILAN kita iaitu Saudara Omar Mokhtar dan Saudara Fakharuddin Moslim,” katanya.

Begitulah situasi politik mutakhir, dahulu agak sukar KEADILAN masuk ke kawasan-kawasan tanah perancangan ini. Kini panji KEADILAN dan perjuangan parti semakin diterima ramai, kata Rosman. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button