Hiburan

Kematian Tangmo: Pemilik, pemandu bot dijatuhi hukuman penjara

SETAHUN berlalu kes kematian aktres cantik Thailand, Tangmo dan hari ini, keadilan diimplementasikan di atas kematian mendiang.

Dua defendan dalam kes kematian pelakon terkenal Thailand, Nida “Tangmo” Patcharaveerapong, dijatuhi hukuman penjara.

Mahkamah Wilayah Nonthaburi walau bagaimanapun menggantung hukuman penjara tersebut dan memerintahkan mereka menjalani khidmat komuniti, lapor Bangkok Post.

Pada 2 Mac lalu, pemilik bot laju Tanupat “Por” Lerttaweewit mengaku bersalah atas tuduhan cuai hingga menyebabkan kematian, manakala Phaiboon “Robert” Trikanjananun mengaku bersalah mengendalikan bot itu tanpa lesen.

Tanupat dijatuhi hukuman penjara lima tahun lapan bulan dan denda 128,000 baht.

Hukuman penjaranya dikurangkan kepada dua tahun sembilan bulan, hukuman digantung tiga tahun, dan denda dikurangkan kepada 64,000 baht.

Dia diarahkan untuk melaksanakan perintah khidmat komuniti.

Sementara itu, Phaiboon pula dikenakan hukuman penjara empat tahun empat bulan dan denda 108,000 baht.

Hukuman penjaranya bagaimanapun dikurangkan kepada dua tahun dua bulan, dengan hukuman digantung tiga tahun dan denda dikurangkan kepada 54,000 baht.

Dia juga diarah melaksanakan perintah khidmat komuniti.

Tangmo, 37, dikatakan terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya ketika menaiki bot laju berhampiran jeti Pibul 1 di daerah Muang, Nonthaburi pada malam 24 Februari tahun lepas.

Mayatnya ditemui dua hari kemudian.

Enam suspek didakwa terlibat dalam kes yang mengejutkan dunia hiburan ini termasuk kalangan netizen di Malaysia.

Selain Tanupat dan Phaiboon, empat lagi tertuduh ialah Wisapat “Sand” Manomairat, Nitas “Job” Kiratisoonthisathorn, pengurus Tangmo Idsarin “Gatick” Juthasuksawat dan Peam “Em” Thamtheerasri. – SM

BACA Apa lagi yang anda belum tahu tentang kematian Tangmo

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button