Nasional
Kemangkatan Tunku Najihah, rakyat Negeri Sembilan berduka
Rakyat Negeri Sembilan berduka di atas kemangkatan bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin hari ini pada usia 100 tahun, yang sangat dekat di hati mereka.
Tunku Ampuan Najihah menghembuskan nafas terakhir pada 6.53 pagi tadi, di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur.
Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan itu juga adalah Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman yang menduduki takhta negara pada 1994 hingga1999.
Almarhumah Tunku Najihah diputerikan pada 1 Sept 1923 di Seri Menanti, Kuala Pilah dan mendapat pendidikan awal di Tengku Mohamad School Kuala Pilah sebelum melanjutkan pelajaran tinggi di School Of Oriental and African Studies, London.
Baginda mendirikan rumah tangga bersama Tuanku Jaafar pada 8 Ogos 1942 dan dikurniakan tiga putera serta tiga puteri.
Tuanku Jaafar mangkat pada 2008 ketika berusia 86 tahun.