Nasional

Kemahiran NDT – Reliacraft Consultancy tawar kursus profesional

KUALA LUMPUR 29 Feb. – Aplikasi ujian tanpa musnah (Non Destructive Testing – NDT) digunakan secara meluas dalam industri berat seperti sektor minyak dan gas, pembuatan, perkapalan dan aeroangkasa.

Pasaran pekerjaan yang kompetitif menyaksikan pemegang sijil dalam bidang ini dapat meningkatkan kebolehpasaran, peluang dan peningkatan kerjaya.

Reliacraft Consultancy Sdn. Bhd. (Reliacraft Consultancy) antara pihak yang menawarkan latihan kemahiran profesional berkaitan NDT iaitu PCN Level II – Phased Array Ultrasonic Testing (PAUT).

Pengurus Projek Reliacraft Consultancy, Noorhayati Romli berkata, PAUT merupakan teknik ujian NDT canggih berbanding pengujian secara ultrasonik (UT).

Menurut beliau, program latihan itu akan dijalankan menerusi kerjasama dengan firma keselamatan industri Wens dari Dubai selaku rakan strategik.

“Pendaftaran untuk mengikuti kursus ini telah dibuka yang mana kelas akan bermula pada 13 Mac depan iaitu selama 12 hari diikuti dua hari peperiksaan.

“Sepanjang tempoh promosi yuran kursus ditawarkan hanya RM15,500 berbanding asal iaitu RM16,500.

“Bagaimana pun, peserta boleh mendapatkan kembali yuran menerusi Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) kerana kursus ini diiktiraf agensi terbabit,” ujarnya.

Jelas Norhayati, syarikat itu mempunyai kerjasama dengan Wens yang menjadi penyedia latihan wakil sah bagi pihak The British Institute of Non-Destructive Testing (BI-NDT).

“BI-NDT merupakan sebuah badan pentauliahan profesional berprestij dalam bidang ini terutama kepada jurutera dan profesional teknikal.

“Justeru, latihan profesional oleh Reliacraft Consultancy ini dapat membantu melahirkan tenaga kerja mahir bidang NDT yang diperlukan industri,” ujar beliau.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button