Pembaca

Kemahiran doktor lebih penting daripada teknologi dalam rawatan estetik – Dr. Che Hafiz

DALAM dunia kecantikan yang semakin canggih, teknologi dalam rawatan sering menjadi tumpuan utama.

Di Malaysia terdapat banyak rawatan estetik yang bagai cendawan tumbuh di Malaysia, tidak kurang juga teknologi kecantikan yang semakin maju.

Dr. Che Hafiz yang sudah berpegalaman 5 tahun dalam bidang estetik

Namun, bagi pelopor rawatan estetik di Malaysia, Dr. Che Hafiz yang sudah berpegalaman 5 tahun, menegaskan bahawa walaupun teknologi semakin moden dan mahal, ia tidak akan memberi hasil jika doktor tidak mempunyai ilmu mencukupi untuk menggunakannya.

“Sebenarnya keberkesanan ataupun sesuatu rawatan itu bukan terletak pada suatu teknologi, tetapi pada doktor itu sebenarnya. Kemahiran, ilmu formulasi, dan pengalaman doktor itulah yang menjadi faktor utama.

“Kalau mesin-mesin pun mahal sampai 1 juta pun, tapi kalau doktor tu tak pandai nak betul-betul guna mesin itu, hasilnya tetap tidak akan memuaskan,” katanya semasa ditemui oleh Suara Merdeka.

Dalam pada itu, Dr Che Hafiz juga menasihati rawatan kecantikan tidak perlu ditunggu sehingga masalah muncul.

Beliau mengesyorkan agar individu mula mempertimbangkan rawatan seawal usia 25 tahun, terutamanya rawatan seperti laser treatment atau skin booster treatment yang boleh dilakukan setiap tiga bulan.

“Tidak perlu keluarkan duit yang banyak dibandingkan dengan rawatan yang perlu dilakukan setiap dua minggu sekali. Contohnya, bukan setakat laser sahaja, tetapi rawatan ini perlu digabungkan dengan rawatan lain. Jadi, di sini kita dapat lihat bahawa pelaburan yang lebih besar diperlukan jika masalah kulit telah menjadi serius,” jelasnya.

Sebagai pengguna, penting untuk membuat pilihan yang bijak sebelum menjalani sebarang rawatan kecantikan. Selain memeriksa teknologi yang digunakan, pelanggan juga perlu memastikan doktor yang dipilih memiliki kelayakan, pengalaman, dan rekod prestasi yang baik.

Dr Che Hafiz kini mempunyai klinik estetik Regalion Clinic, di Kota Damansara yang menawarkan pelbagai rawatan untuk merawat kulit muka yang bermasalah.

Kliniknya juga menjadi pilihan utama di kalangan selebriti.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button